Saturday, January 16, 2010

Major Records V.S. Indie Records

Sesetengah pemuzik enggan menyertai label utama walaupun diberi peluang. Begitu juga, ada yang memilih untuk menjadi indie selepas berpengalaman di label utama, contohnya pemain piano Bradley Joseph. Sebagai artis bebas, perniagaan itu membimbangkan sekali dan boleh bermaharajalela jika tidak terkawal, kata Joseph.[5] "Ramai pemuzik tidak menghayati perniagaan. Anda cuma perlu mahir dalam kedua-dua bidang. Anda harus memahami penerbitan. Anda haris memahami cara mencari rezeki, permintaan pasaran, dan cara-cara menyerlahkan bakat anda."[6]

Sekiranya beralih ke label utama, tidak semestinya terjamin kejayaan pemuzik. Hanya 10% CD keluaran label utama mampu menguntungkan label.[7] Seseorang artis boleh memperoleh pendapatan dari menerbitkan dan memasarkan CD sendiri daripada menyertai label utama. Namun begitu, label bebas yang berdaya kreatif tidak semestinya lumayan. Label-label bebas biasanya terdiri daripada seorang dua pengendali yang tiada bantuan dari luar dan berpejabat kecil.[8] Kekurangan sumber amat menyukarkan artis mencari rezeki dari jualan semata-mata.

Seseorang artis yang ingin mendapatkan perhatian label utama boleh melancarkan label bebas sendiri. Label bebas yang berjaya dengan reputasi muzik yang kukuh mudah menarik label utama. Label utama bergantung pada label bebas untuk mengikuti perkembangan dunia muzik yang berubah tanpa henti.[9] Label-label bebas terbukti keberkesannya dalam mencari bakat baru dan mempopularkan genre-genre khusus. Tiga langkah utama untuk seseorang artis mencari pendapatan ialah urus janji rakaman, jelajah, dan hak penerbitan.

No comments: