Saturday, January 16, 2010

Intro Of Indie

Indie berasal daripada perkataan bahasa inggeris 'independent' yang bermaksud bebas.

Dalam bidang muzik popular, indie ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan kebebasan dari label rakaman komersil terbesar serta pendekatan buat sendiri dan bebas dalam rakaman dan penerbitan muzik. Istilah indie berasal dari perkataan Inggeris "independent" (bebas), oleh itu pemuzik indie juga dikenali sebagai pemuzik bebas.

Label-label bebas ini dikenali kerana bersungguh-sungguh meminimumkan kawalan dan pengaruh terhadap artis-artis yang diwakilinya, iaitu mengelakkan amalan merapikan artis seperti yang dilakukan label rakaman terbesar. Artis-artis yang bernaungkan label indie biasanya lebih tertumpu pada penerbitan karya muzik bermutu daripada mengejar kekayaan atau kenamaan semata-mata. Artis-artis ini menghasilkan muzik luar biasa kerana tidak dihalang oleh label rakaman.

Sebagai contohnya Bunkface, Buttercup, Hujan, Awan Band dan lain-lain...




History Of Indie Records

Label-label bebas panjang sejarahnya dalam memupuk perkembangan dalam muzik popular sejak zaman selepas perang di Amerika Syarikat yang diterajui label-label seperti Sun Records, King Records, Stax, dsb.[1]

Pada 1950-an dan 1960-an di United Kingdom, syarikat-syarikat rakaman utama begitu berkuasa pengaruhnya hinggakan label-label bebas sukar bernafas. Terdapat sebilangan penerbit British yang melancarkan label bebas sebagai saluran keluar untuk karya-karya dan artis-artis kegemaran mereka, tetapi kebanyakan besarnya gegal mencuri tumpuan di peringkat komersil ataupun ditelan oleh label terbesar.[1]

Zaman punk rock menyaksikan label-label bebas tumbuh bagai cendawan.[1] UK Indie Chart disusun buat kali pertama pada tahun 1980, manakala pengedaran muzik bebas menjadi lebih teratur mulai akhir 1970-an.[2]

Pada akhir 1980-an, label Sub Pop yang bertapak di Seattle menjadi pusat persada muzik grunge. Pada akhir 1990-an dan 2000-an, berikutan kebangkitan fail mp3 dan tapak muat turun digital seperti iTunes yang mengubah wajah industri rakaman, timbulnya persada muzik Neo-soul scene dari dunia soul bawah tanah di London, NYC, Philadelphia, Chicago dan L.A., kesan tumpuan berat sebelah label-label utama dan radio komersil terhadap pemasaran, promosi dan penyiaran muzik pop dan hip-hop ketika ini.

Indie and Technology

Teknologi Internet membolehkan para artis memperkenalkan muzik mereka kepada orang ramai pada kos rendah tanpa terpaksa bersekutu dengan label rakaman utama.[3] Reka bentuk perisian muzik digital menggalakkan penemuan muzik baru. Laman-laman mana yang lebih berisi pustaka lagunya adalah yang paling berjaya, sekaligus membuka banyak peluang untuk pemuzik indie memperluaskan karya. Royalti dari perkhidmatan digital terbukti sebagai punca pendapatan yang penting. Jika seseorang artis sudah membiayai rakaman, pembuatan dan promosi albumnya, maka sedikit sahajanya kos tambahan untuk mengedarkan muzik artis bebas ini di Internet.[4] Perkhidmatan digital menawarkan peluang mendedahkan artis kepada peminat baru, sekaligus meningkatkan jualan melalui peruncit di Internet. Artis-artis juga boleh mengeluarkan muzik dengan lebih kerap dan lebih cepat di Internet. Tambah lagi, artis juga boleh memilih untuk mengeluarkan bahan-bahan edisi terhad, habis dijual, atau live yang terlalu mahal untuk diterbitkan dengan cara lama.

Major Records V.S. Indie Records

Sesetengah pemuzik enggan menyertai label utama walaupun diberi peluang. Begitu juga, ada yang memilih untuk menjadi indie selepas berpengalaman di label utama, contohnya pemain piano Bradley Joseph. Sebagai artis bebas, perniagaan itu membimbangkan sekali dan boleh bermaharajalela jika tidak terkawal, kata Joseph.[5] "Ramai pemuzik tidak menghayati perniagaan. Anda cuma perlu mahir dalam kedua-dua bidang. Anda harus memahami penerbitan. Anda haris memahami cara mencari rezeki, permintaan pasaran, dan cara-cara menyerlahkan bakat anda."[6]

Sekiranya beralih ke label utama, tidak semestinya terjamin kejayaan pemuzik. Hanya 10% CD keluaran label utama mampu menguntungkan label.[7] Seseorang artis boleh memperoleh pendapatan dari menerbitkan dan memasarkan CD sendiri daripada menyertai label utama. Namun begitu, label bebas yang berdaya kreatif tidak semestinya lumayan. Label-label bebas biasanya terdiri daripada seorang dua pengendali yang tiada bantuan dari luar dan berpejabat kecil.[8] Kekurangan sumber amat menyukarkan artis mencari rezeki dari jualan semata-mata.

Seseorang artis yang ingin mendapatkan perhatian label utama boleh melancarkan label bebas sendiri. Label bebas yang berjaya dengan reputasi muzik yang kukuh mudah menarik label utama. Label utama bergantung pada label bebas untuk mengikuti perkembangan dunia muzik yang berubah tanpa henti.[9] Label-label bebas terbukti keberkesannya dalam mencari bakat baru dan mempopularkan genre-genre khusus. Tiga langkah utama untuk seseorang artis mencari pendapatan ialah urus janji rakaman, jelajah, dan hak penerbitan.

Major Record's Contract

Kebanyakan artis label utama memperoleh royalti pada kadar 10-15%, tetapi sebelum menerima apa-apa royalti, artis mesti melangsaikan semua hutang label mereka, iaitu perbelanjaan boleh tutup yang timbul dari kos-kos seperti pembungkusan dan seni album, sokongan jelajah, dan pembikinan video, di samping juga bayaran pendahuluan artis berupa pinjaman yang membolehkan artis mendapatkan wang untuk menampung kehidupan dan proses perakaman sehingga hasil rakamannya dikeluarkan. Bagaimanapun, sebelum boleh meraih royalti, bayaran pendahuluan itu mesti dibayar balik sepenuhnya kepada label rakaman. Memandangkan hanya artis-artis paling berjaya sahaja yang dapat menutup kos penerbitan dan pemasaran, bagi artis yang tidak berjaya pula, hutangnya terpaksa dibawa ke album seterusnya, tiadanya royalti bagi mereka.

Independent Record's Contract

Kontrak label bebas biasanya berupa kontrak yang ditawarkan oleh label utama kerana serupa dari segi tanggungan yang harus ditentusahkan sebelum menaungi seseorang artis. Cuma adanya sedikit perbezaan, biasanya mengenai royalti. Lazimnya, label-label bebas menawarkan peratusan royalti lebih tinggi kerana kos penerbitan biasanya amat rendah berbanding label utama, seperti kurang tumpuan kepada pemasaran dan sebagainya.

PublishingThe Indie Artist

Jika seseorang artis atau kumpulan muzik menulis karya sendiri, maka penerbitan boleh menjadi salah satu cara terbaik untuk meraih keuntungan, dan juga antara sebilangan kecil kaedah mencari rezeki yang terjamin bagi para artis. Jelajah gig dan konsert tidak pasti menjana duit kerana ada kemungkinan tiada sesiapa yang ingin menghadiri persembahannya. Undang-undang hak cipta asas melindungi penggubah muzik dengan memberikan hak eksklusif kepada mereka untuk membenarkan penghasilan semula, pengedaran, atau persembahan karya-karya mereka, atau sebaliknya. Kebanyakan pendapatan penerbitan artis timbul dari hak mekanik dan persembahannya. Hak mekanik meliputi penghasilan semula lagu dalam rakaman. Dalam sesebuah kontrak am antara pemuzik dan labelnya, pihak label diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar penggubah pada kadar yang tertentu bagi setiap lagu semata-mata untuk menggunakan karya terbabit dalam rakaman yang dikomersilkan.[10] Bagi hak persembahan pula, hak cipta lagu meliputi setiap kali lagu tersebut berkumandang di radio dan televisyen.

Dewasa ini, Internet semakin pesat mencipta kaedah penerbitan baru untuk pemuzik bebas. Wujudnya perkhidmatan-perkhidmatan pengedaran muzik indie melalui Internet dengan berbagai-bagai kaedah pembayaran, yang membolehkan para artis mencapai audiens yang lebih luas daripada biasa.[11]

Reference

-Wikipedia
-Internet
-Magazine
-Utopia
-Gempak
-Starz
-Television
-n more....