Saturday, January 16, 2010

PublishingThe Indie Artist

Jika seseorang artis atau kumpulan muzik menulis karya sendiri, maka penerbitan boleh menjadi salah satu cara terbaik untuk meraih keuntungan, dan juga antara sebilangan kecil kaedah mencari rezeki yang terjamin bagi para artis. Jelajah gig dan konsert tidak pasti menjana duit kerana ada kemungkinan tiada sesiapa yang ingin menghadiri persembahannya. Undang-undang hak cipta asas melindungi penggubah muzik dengan memberikan hak eksklusif kepada mereka untuk membenarkan penghasilan semula, pengedaran, atau persembahan karya-karya mereka, atau sebaliknya. Kebanyakan pendapatan penerbitan artis timbul dari hak mekanik dan persembahannya. Hak mekanik meliputi penghasilan semula lagu dalam rakaman. Dalam sesebuah kontrak am antara pemuzik dan labelnya, pihak label diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar penggubah pada kadar yang tertentu bagi setiap lagu semata-mata untuk menggunakan karya terbabit dalam rakaman yang dikomersilkan.[10] Bagi hak persembahan pula, hak cipta lagu meliputi setiap kali lagu tersebut berkumandang di radio dan televisyen.

Dewasa ini, Internet semakin pesat mencipta kaedah penerbitan baru untuk pemuzik bebas. Wujudnya perkhidmatan-perkhidmatan pengedaran muzik indie melalui Internet dengan berbagai-bagai kaedah pembayaran, yang membolehkan para artis mencapai audiens yang lebih luas daripada biasa.[11]

No comments: