Label-label bebas panjang sejarahnya dalam memupuk perkembangan dalam muzik popular sejak zaman selepas perang di Amerika Syarikat yang diterajui label-label seperti Sun Records, King Records, Stax, dsb.[1]
Pada 1950-an dan 1960-an di United Kingdom, syarikat-syarikat rakaman utama begitu berkuasa pengaruhnya hinggakan label-label bebas sukar bernafas. Terdapat sebilangan penerbit British yang melancarkan label bebas sebagai saluran keluar untuk karya-karya dan artis-artis kegemaran mereka, tetapi kebanyakan besarnya gegal mencuri tumpuan di peringkat komersil ataupun ditelan oleh label terbesar.[1]
Zaman punk rock menyaksikan label-label bebas tumbuh bagai cendawan.[1] UK Indie Chart disusun buat kali pertama pada tahun 1980, manakala pengedaran muzik bebas menjadi lebih teratur mulai akhir 1970-an.[2]
Pada akhir 1980-an, label Sub Pop yang bertapak di Seattle menjadi pusat persada muzik grunge. Pada akhir 1990-an dan 2000-an, berikutan kebangkitan fail mp3 dan tapak muat turun digital seperti iTunes yang mengubah wajah industri rakaman, timbulnya persada muzik Neo-soul scene dari dunia soul bawah tanah di London, NYC, Philadelphia, Chicago dan L.A., kesan tumpuan berat sebelah label-label utama dan radio komersil terhadap pemasaran, promosi dan penyiaran muzik pop dan hip-hop ketika ini.
No comments:
Post a Comment